Assalamualaikum...
~i am proud to be myself~
Aku bukanlah manusia sempurna.
Namun ku ingin menjadi yang lebih baik. Hidupku bukanlah seindah senyum dan tawa canda yang selalu terpancar dari raut wajahku.
Tatkala orang berkata tentang diriku, aku terima dengan rela kerana itu yang akan mengajarku erti hidup. Hidup? Hmm. Hidup umpama roda. Ketika kita berada di atas, yakinlah bahawa kita pasti akan di bawah dan begitulah sebaliknya. Ketika diriku terjatuh dan menangis dalam perjalanan hidup ini , aku takkan berhenti berharap padaNya. Kenapa? Kerana ku yakin DIA adalah pengatur yang terbaik dan maha mengetahui segala yang terbaik buatku. Saat ku kehilangan sesuatu, aku meredhakan kesedihanku dengan sentiasa bersangka baik padaNya, ku tahu Dia akan menggantikan sesuatu itu dengan sesuatu yang lebih baik. Insya-Allah.
Smile, laugh and be happy !
Because a new day has come..
the rainbow has appeared after the violent storm, the flowers has bloom after the freezing winter and the wounded heart has healed after it broken .
:))

No comments:
Post a Comment